MAJLIS MAKAN BERADAT WISMA PERWIRA PANGKALAN UDARA SENDAYAN BERTEMAKAN HARI RAYA AIDILFITRI

WhatsApp Image 2023 05 13 at 233822 WhatsApp Image 2023 05 13 at 233823 WhatsApp Image 2023 05 13 at 233823 1
WhatsApp Image 2023 05 13 at 233825 WhatsApp Image 2023 05 13 at 233825 1 WhatsApp Image 2023 05 13 at 233825 2
WhatsApp Image 2023 05 13 at 233827 1 WhatsApp Image 2023 05 13 at 233828 1 WhatsApp Image 2023 05 13 at 233829 1
WhatsApp Image 2023 05 13 at 233829 2 WhatsApp Image 2023 05 13 at 233830 1 WhatsApp Image 2023 05 13 at 233830 2

 

SENDAYAN, 12 Mei 2023 - "Serampang Dua Mata" itulah perumpamaan yang dapat diungkapkan bagi penganjuran Majlis Makan Beradat Wisma Perwira, Pangkalan Udara Sendayan yang juga mengambil tema bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2023. Konsep dan tema penganjuran Majlis ini telah berjaya memukau para pegawai yang diraikan dan pegawai-pegawai yang hadir ke majlis ini.

WhatsApp Image 2023 05 13 at 233831 WhatsApp Image 2023 05 13 at 233831 1 WhatsApp Image 2023 05 13 at 233832
WhatsApp Image 2023 05 13 at 233832 1 WhatsApp Image 2023 05 13 at 233832 2 WhatsApp Image 2023 05 13 at 233833 1
WhatsApp Image 2023 05 13 at 233834 WhatsApp Image 2023 05 13 at 233834 1 WhatsApp Image 2023 05 13 at 233834 2
WhatsApp Image 2023 05 13 at 233835 1 WhatsApp Image 2023 05 13 at 233836 WhatsApp Image 2023 05 13 at 233837

 

Yang DiPertua Wisma Perwira, Lt Kol Johan Wahidi bin Mohd Arip TUDM yang juga Pegawai Memerintah INSTAR dalam ucapannya berkata, Majlis Makan Beradat ini merupakan penganjuran bagi kali kedua semenjak pangkalan ini ditubuhkan dan malam ini merupakan julung kalinya diadakan bertemakan Hari Raya Aidilfitri. Majlis yang penuh dengan budaya rejimental ini telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama diantara Ahli Jawatankuasa Wisma Perwira PU Sendayan dan penuntut-penuntut kursus INSTAR iaitu Kursus Pegawai Kanan Tadbir (KPKT) Siri 4/23 dan Kursus Pembantu Sajian (KPS) Kelas II siri 9/23.

Tujuan majlis diadakan juga khusus untuk meraikan 33 orang pegawai yang telah bertukar keluar dari Pangkalan Udara Sendayan. Pegawai paling kanan yang diraikan adalah Brig Jen Dr. Norazrin bin Shamsudin TUDM, Komander PU Subang. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat di PU Sendayan sebagai Pengarah Perundangan di MTU-Perundangan. Pegawai Kanan lain yang turut diraikan adalah Kol Hj Mohd Khair bin Shaari TUDM, Lt Kol Azizul bin Abd Kadir TUDM dan Lt Kol M.Balasubramaniam a/l Maruthaothoo TUDM. Ketiga-tiga Pegawai Kanan ini merupakan Pegawai Kanan yang akan tamat perkhidmatan mereka dalam ATM tidak lama lagi.

WhatsApp Image 2023 05 13 at 233838 1 WhatsApp Image 2023 05 13 at 233841 WhatsApp Image 2023 05 13 at 233841 1
WhatsApp Image 2023 05 13 at 233841 2 WhatsApp Image 2023 05 13 at 233842 2 WhatsApp Image 2023 05 13 at 233843
WhatsApp Image 2023 05 13 at 233844 2 WhatsApp Image 2023 05 13 at 233845 1 WhatsApp Image 2023 05 13 at 233845 2
WhatsApp Image 2023 05 13 at 233846 WhatsApp Image 2023 05 13 at 233846 1 WhatsApp Image 2023 05 13 at 233847 1

 

Majlis Makan Beradat tahun ini telah dihadiri seramai 153 orang pegawai. Turut hadir dimajlis ini adalah Brig Jen Ben Khedda Adnan bin Mohd Yusoff TUDM, Komander JAMCC dan isteri, Kol Ahmad Rashidi bin Ithnin TUDM Komander Pangkalan dan isteri, Pegawai-pegawai Kanan, pegawai yang diraikan dan para pegawai yang berkhidmat di PU Sendayan.

Majlis pada malam ini juga turut meraikan dan mengalu-alukan kehadiran 46 orang pegawai yang baru bertukar masuk ke Pangkalan Udara Sendayan dan juga merupakan ahli baru Wisma Perwira PU Sendayan.

WhatsApp Image 2023 05 13 at 233851 WhatsApp Image 2023 05 13 at 233851 1 WhatsApp Image 2023 05 13 at 233852
WhatsApp Image 2023 05 13 at 233853 1 WhatsApp Image 2023 05 13 at 233853 2 WhatsApp Image 2023 05 13 at 233854 1

 

Di akhir majlis, turut diadakan penyampaian cenderahati kepada pegawai-pegawai yang diraikan yang disempurnakan oleh Brig Jen Ben Khedda Adnan bin Mohd Yusoff TUDM, Komander JAMCC. Majlis pada malam ini telah diakhiri dengan ucapan oleh Brig Jen Dr. Norazrin bin Shamsudin TUDM, Komander PU Subang mewakili pegawai-pegawai yang diraikan.