MAJLIS MAKAN BERADAT WISMA PERWIRA AKADEMI TENTERA UDARA

DSC 0244 DSC 0283 DSC 0326
DSC 0339 DSC 0393 DSC 0429

 

IPOH, 31 Dis 21 – Majlis Makan Beradat Wisma Perwira Akademi Tentera Udara telah diadakan di Casuarina Convention Centre, Meru, Ipoh. Majlis tahunan yang dianjurkan saban tahun ini dikelolai oleh Ahli Jawatankuasa Wisma, diketuai oleh Yang Dipertua Wisma, Lt Kol Monarizzal bin Mokhtar TUDM. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Komandan ATU, Kol Baharudin bin Abu Hassan TUDM.

Majlis Makan Beradat ini dianjurkan bagi meraikan pegawai-pegawai ATU yang bertukar masuk dan keluar sepanjang tahun 2021. Seramai 16 orang pegawai yang telah bertukar keluar, dan 11 orang pegawai bertukar masuk telah diraikan dalam majlis yang penuh bermakna. Majlis ini turut menyajikan segmen penghargaan kepada semua pegawai berkenaan serta memuatkan beberapa momen pahit manis aktiviti wisma sepanjang tahun.

Acara dimulakan dengan tiupan “dinner’s call” pada jam 2030 dan tetamu berarak masuk ke dewan santapan. Sepanjang sesi jamuan, majlis diserikan dengan alunan muzik yang dipersembahkan oleh Pancaragam ATU serta beberapa sesi nyanyian oleh pegawai-pegawai kanan pada malam tersebut. Acara kemuncak pula adalah bacaan doa selamat oleh Pegawai Agama Akademi sebelum sambutan tahun baru 2022 berlangsung. Majlis seumpama ini berakhir dengan jayanya dan menjadi penutup kepada aktiviti tahunan ATU bagi tahun 2021.