LABUAN, 10 Okt 24 - Majlis Makan Beradat Pangkalan Udara Labuan tahun 2024 telah dilaksanakan bertempat di Dewan Ballroom Palm Beach Reasort, Wilayah Persekutuan Labuan.
Majlis penuh dengan istiadat dan protokol ini telah dihadiri oleh Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Datoβ Wan Amin Hafiz bin Wan Mahmud TUDM dan Isteri, Datin Suhana binti Ahmad Din. Turut hadir sama ialah Komander Pangkalan Udara Labuan, Brig Jen Hj Muhammad Taha bin Hamdan TUDM dan Isteri Puan Hjh Melati binti Hj Omar. Ketibaan para tetamu telah disambut oleh Yang Di Pertua Wisma Perwira PU Labuan, Lt Kol Ahmad Zikri bin Azhar TUDM dan isteri Puan Afifah Quraishah binti Abdul Nasir.
Majlis yang dihadiri seramai 150 orang ini terdiri daripada para Pegawai Memerintah, Ketua Cawangan dan Para Pegawai dari PU Labuan. Pada Majlis kali ini juga dihadiri oleh Pengarah Bantuan Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2), AKS - AKS serta para Pegawai dari MAWILUD 2.
Majlis yang penuh dengan istiadat dan protokol pada tahun ini dilaksanakan semula selepas kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2019 iaitu sebelum pandemik COVID-19 yang melanda.
Selesai Majlis Makan Beradat, majlis disajikan dengan persembahan tanyangan montaj. Persembahan montaj ini dihasilkan khas buat PANGWILUD 2 sebagai penghargaan kepada beliau yang bakal menamatkan perkhidmatan tidak lama lagi.
Sebagai menghargai jasa dan bakti, Lt Kol Ahmad Zikri bin Azhar TUDM, Yang Di Pertua Wisma Perwira PU Labuan telah menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan dari Wisma Perwira PU Labuan kepada Dato Wan Amin Hafiz bin Wan Mahmud TUDM yang bakal besara dan menamatkan perkhidmatan wajib tidak lama lagi.
Majlis Makan Beradat PU Labuan tahun 2024 ini telah dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Wisma Perwira dengan kerjasama pelbagai pihak. PANGWILUD 2 dalam ucapanya telah menzahirkan beberapa pesanan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam perlaksanaan majlis ini.