![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
ALOR SETAR, 6 Jan 22 – Majlis Konvokesyen Kursus Induksi Avionik / Aeromech Siri 13/2021 telah diadakan di Dewan Aeroangkasa, Kolej Tentera Udara (KTU). Majlis ini telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Kejuruteraan, Mej Jen Dato Ir. Mohamad Razip bin A.Samad TUDM dan diiringi oleh Komandan KTU, Brig Jen Masro bin Kaliwon TUDM serta Pegawai Memerintah ITAS Kol Rizam bin Ibrahim TUDM. Seramai 130 pelatih terdiri daripada 71 pelatih Kursus Induksi Avionik dan 59 pelatih Kursus Induksi Aeromech telah berjaya menamatkan kursus tersebut. Bagi pelatih terbaik keseluruhan Kursus Induksi Avionik / Aeromech Siri 13/2021 disandang oleh LU II Nur Syafiqah Syahirah binti Md Saffee. Majlis tersebut telah disaksikan oleh Pegawai-Pegawai Memerintah, Ketua-ketua Cawangan dan jurulatih-jurulatih ITAS.