MAJLIS GALA NIGHT CAWANGAN OPERASI PANGKALAN UDARA KUCHING

2 3 4
5 6 7

8

KUCHING, 29 Jan 25 – Cawangan Operasi, Pangkalan Udara Kuching telah mengadakan Majlis Gala Night bertempat di Hotel Penview, Kuching. Majlis julung kali diadakan ini bertemakan old money dan bermula dengan sesi pendaftaran dan dihadiri oleh warga Cawangan Operasi, PU Kuching termasuk pegawai, anggota LLP dan ahli keluarga.

Majlis ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti anugerah airmen of the year, anugerah sportmen of the year, best dress, persembahan, permainan dan cabutan bertuah. Objektif Majlis Gala Night ini adalah sebagai wadah bagi warga Cawangan Operasi bersantai dan meraikan pencapaian, malah ia turut memperkukuhkan semangat setiakawan dan kekitaan dalam kalangan semua. Majlis ini juga menjadi satu penghargaan atas pengorbanan serta dedikasi yang telah dicurahkan oleh warga Cawangan Operasi selama ini.

Turut hadir adalah Ketua Cawangan Operasi (KCO) PU Kuching, Lt Kol Murad bin Mahmud TUDM dan isteri yang turut merasmikan majlis ini. Secara keseluruhannya, Majlis Gala Night mendapat sambutan yang baik dan berjalan lancar serta mencapai objektif yang disasarkan. Di akhir ucapan, KCO telah mengingatkan supaya seluruh warga Cawangan Operasi untuk terus bersatu hati dan berusaha dengan lebih gigih dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan dan berharap hubungan ukhuwah yang terjalin dalam keluarga besar TUDM ini akan terus kukuh demi kemajuan dan kejayaan bersama.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer