KUANTAN, 23 Mac 22 – Pegawai Eksekutif Pangkalan, YBhg Kol Zulkefli bin Hj Samsu Hadi TUDM diiringi Komandan INSPRA, Kol Shahfreen bin Baba TUDM telah hadir ke Auditorium INSPRA sempena Live Streaming Perintah Ulung Panglima Tentera Udara Ke-20.
Dalam Perintah Ulung Panglima Tentera Udara Ke-20 ini telah menggariskan enam (6) tonggak utama iaitu:
1. Pemantapan Keupayaan dan Kesiagaan TUDM.
2. Keunggulan Struktur dan Kecemerlangan Organisasi.
3. Pemerkasaan dan Pengupayaan Warga Udara
4. Mengoptimumkan Pengurusan Sumber dan Meningkatkan Budaya Inovasi
5. Peningkatan Keupayaan TUDM Melalui Kolaborasi Bersama Industri Pertahanan Tempatan
6. Kebajikan Sosial dan Kelestarian Warga
Turut hadir bersama menyaksikan live streaming ini ialah Pegawai Memerintah Skuadron dan Ketua Cawangan serta warga Pangkalan Udara Kuantan.