SUBANG, 2 Sep 2020 – Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) telah mengadakan Lembaga Pemilihan Airman Of The Year Tahun 2020 Peringkat MPOU bertempat di Bilik Mesyuarat Utama (BMU). Lembaga pemilihan dipengerusikan oleh Ketua Staf MPOU, Mej Jen Felix Gonsalvez a/l Alexander TUDM telah menemuduga seramai 12 x calon di bawah naungan MPOU.
Perwujudan anugerah ini adalah sebahagaian unsur rangsangan serta doromgan peningkatan diri bagi anggota LLP. Ia juga merupakan satu usaha untuk memiliki asset penting modal insan yang boleh diteladani oleh semua peringkat anggota.