GONG KEDAK, 26 Jul 22 - Lawatan Kerja Rasmi Kementerian Kewangan ke Pangkalan Udara Gong Kedak telah dilaksanakan pada 25 Julai 22 yang dihadiri oleh Setiausaha Bahagian (SUB) Kewangan Kementerian Pertahanan, YBhg Datuk Muhamad Zamani bin Mohd Ali. Ketibaan SUB dan delegasi telah disambut oleh Komander Pangkalan, Kol Ahmad Edros bin Ahmad Osman TUDM bersama pegawai-pegawai Eksekutif Pangkalan Udara Gong Kedak.
Aturcara dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh Komander Pangkalan dan diteruskan dengan taklimat berkenaan mengenai kemajuan terkini bagi Projek Penurapan Semula Landasan Terbang Pangkalan Udara Gong Kedak oleh wakil JKR, Unit Tentera, Negeri Kelantan.
Agenda lawatan diteruskan dengan lawatan ke tapak projek bagi melihat kemajuan kerja Projek Penurapan Semula Landasan Terbang Pangkalan Udara Gong Kedak yang telah dimohon dalam Anggaran Belanja Mengurus 2022. Turut hadir adalah PS 2 Infrabina MTU – P&P, Mej Mohd Fauzan bin Karim TUDM.