KUANTAN, 30 Ogos 23 – Seramai 31 Peserta kursus Flight Operations Management (FOM) Siri 21/2023 dari Sekolah Kawalan Trafik Udara (SKTU), Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Malaysian Mission Control Centre (MYMCC) yang bertempat di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) Gebeng, Kuantan.
Lawatan ini turut disertai oleh lima (5) orang jurulatih yang diketuai oleh Mej Azlan bin Kamarudin TUDM. Objektif lawatan ini, memberi pendedahan dan perkongsian ilmu berkaitan fasiliti, peralatan dan sistem yang digunakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam operasi-operasi Search and Rescue (SAR).
Peserta Kursus telah diberi taklimat mengenai organisasi APMM oleh Penolong Pengarah Eastern Malaysia MCC, Leftenan (M) Muhamad Faizal bin Othman. Selanjutnya, pengenalan bagi sistem Distress SAR yang digunakan iaitu COSPAS-SARSAT telah diberi penerangan oleh LK (M) Muhd Nazri bin Hashim dan LK (M) Guna Naidu a/l Subramaniam.
Dalam masa yang sama, peserta kursus dapat mempelajari sedikit ilmu berkaitan dengan modul SAR yang terdapat di dalam kurikulum kursus FOM. Semoga lawatan sambil belajar ini dapat memberi pendedahan lebih mendalam berkenaan pengoperasian SAR selaras dengan pengarahan No. 20 yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Di akhir lawatan, turut diadakan acara bergambar dan penyerahan cenderahati kepada pihak MYMCC.