SENDAYAN, 6 Apr 21 - Komander Pangkalan Udara Sendayan, Kol Hj Ahmad bin Yusof TUDM telah membuat lawatan pemantauan dan menyampaikan sumbangan kepada petugas Op Penawar di lokasi Sekatan Jalanraya (SJR) 1 (Plaza Tol Ainsdale), SJR 2 (Plaza Tol Seremban - Labu (Selatan)) dan SJR 3 (Plaza Tol Seremban - Labu (Utara)). PU Sendayan telah berkolaborasi dengan McDonald Sdn Bhd bagi bersama-sama menjayakan dan menghargai petugas barisan hadapan.
Lawatan tersebut juga manifestasi keperihatinan Komander Pangkalan terhadap petugas barisan hadapan dalam Op Penawar yang melibatkan anggota TUDM PU Sendayan iaitu Skuadron 221 HANDAU selain dari pasukan sahabat iaitu PDRM, TDM dan RELA.
Turut bersama mengiringi Komander Pangkalan adalah Ketua Skuadron 221 HANDAU, Kapt Mohd Shahir bin Sharibudin TUDM, Pegawai Perhubungan Op Penawar KTJ Seremban, Lt M Muhammad Izzat bin Yaakub dari Rej (AW) 508 dan Cik Ros Alina Ariyani binti Muhammad (Eksekutif Khidmat Pelanggan) wakil dari McDonald Seremban 2. Beliau turut bersama menyampaikan sumbangan berupa produk makanan dari McDonald kepada petugas Op Penawar sebagai tanda penghargaan.
Lawatan yang dilaksanakan ke atas petugas khususnya yang terlibat Op Penawar menjadi pembakar semangat kepada para petugas atas keperihatinan dan sikap ambil berat yang ditunjukkan oleh pihak atasan. Pangkalan Udara Sendayan khususnya Skuadron 221 HANDAU akan terus komited dalam melaksanakan amanah menguatkuasakan Op Penawar di Seremban dalam usaha menyekat penularan dan melandaikan lekuk jangkitan wabak COVID - 19.