KEPULAUAN SPRATLY, 26 MEI 22 - Markas Tentera Udara Bahagian Tadbir-Cawangan Perundangan dan Para Peserta Bengkel Perundangan Operasi Siri 1/22 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Stesen Lima TLDM. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat secara terus isu Zon Maritim Malaysia di Kepulauan Spratly.
Lawatan ini diketuai oleh Pengarah Perundangan, Kol Dr. Norazrin bin Shamsudin TUDM bersama delegasi bengkel yang disertai 14 pegawai dan anggota. Delegasi yang melawat telah disambut mesra oleh Pegawai Laksana Stesen Lima TLDM, Lt Hazrul Helmy bin Mohamad TLDM.
Sepanjang lawatan tersebut, para peserta telah diberikan pendedahan berkaitan kedudukan strategik lima (5) buah stesen luar pantai milik Malaysia, fungsi utama Stesen Lima TLDM, isu pertikaian di Kepulauan Spratly dan kawasan yang menjadi tuntutan pertindihan negara luar serta cabaran yang dihadapi oleh Stesen Lima TLDM.