LAWATAN KERJA RASMI PANGLIMA BANTUAN UDARA DAN WAKIL KEMENTERIAN KEWANGAN KE KTU BAGI PEMERIKSAAN KE ATAS PESAWAT PC-7 MK II

IMG 20220619 WA0032 IMG 20220619 WA0031 IMG 20220619 WA0030
IMG 20220619 WA0029 IMG 20220619 WA0028 IMG 20220619 WA0026

 

ALOR SETAR, 19 Jun 22 - Panglima Bantuan Udara, Brig Jen Masro bin Kaliwon TUDM bersama wakil dari Kementerian Kewangan (MOF), yang diketuai oleh Encik Nik Asyraf bin Mohd Ghazali, Ketua Seksyen Keselamatan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam telah membuat lawatan kerja rasmi ke Institut Latihan Instruktor Terbang (ILIT), Kolej Tentera Udara (KTU) bagi meninjau perkembangan terkini pesawat latihan PC-7 Mk II yang mengalami masalah 'corrosion' dan tindakan pemulihan yang dilaksanakan di bawah kontrak bersama Syarikat Pilatus Aircraft Limited.

Ketibaan Panglima Bantuan Udara dan Encik Nik Asyraf bin Mohd Ghazali bersama deligasi di Markas KTU telah disambut oleh Komandan, Brig Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM bersama barisan Eksekutif Kolej.

IMG 20220619 WA0025 IMG 20220619 WA0023 IMG 20220619 WA0020
IMG 20220619 WA0019 IMG 20220619 WA0015 IMG 20220619 WA0014

 

Terdahulu, delegasi yang hadir telah diberikan taklimat di Bilik Mesyuarat Markas KTU untuk perbincangan berkenaan lawatan kerja tersebut dan seterusnya dibawa ke Hangar ILIT untuk memeriksa keadaan pesawat PC-7 MkII.

Semoga lawatan kerja ini menghasilkan resolusi yang terbaik di dalam pembangunan keupayaan senggaraan pesawat PC-7 MkII.