KUANTAN, 8 Jun 22 – Asisten Ketua Staf Materiel, Mej Jen Dato’ Zainal bin Abdul Manaf TUDM telah membuat Lawatan Kerja Rasmi ke Pangkalan Udara Kuantan.
Ketibaan Mej Jen Dato’ Zainal bin Abdul Manaf TUDM telah disambut oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM di pejabat beliau.
Dalam rangka lawatan kerja rasmi ini, Asisten Ketua Staf Materiel telah dibawa melawat dan diberi taklimat dari Cawangan Materiel, Terminal Peluru 1 dan MATRA 1.
Turut serta dalam lawatan ini ialah Ketua Cawangan Materiel, Lt Kol Hail Amir bin Ramli TUDM, Pegawai Memerintah Terminal Peluru 1, Mej Mohd Zaily Hatta bin Mohd Jelani TUDM, Ketua MATRA 1, Lt Kol Md Razip bin Fadzir TUDM serta pegawai-pegawai dari Cawangan Materiel.