LAWATAN KERJA PENGARAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA KE CAWANGAN PROVOS MARSYAL

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11

SENDAYAN, 23 Dis 21 - Pengarah Pembangunan Sumber Manusia, Kol Nazaruddin bin Haron TUDM telah melaksanakan lawatan kerja ke Markas Tentera Udara - Cawangan Provos Marsyal (MTU-CPM) di Pangkalan Udara Sendayan.

Lawatan kerja beliau telah dimulakan dengan mendengar taklimat ringkas oleh pihak MTU-CPM. Beliau seterusnya dibawa ke melihat pameran dan demonstrasi peralatan penyiasatan yang diguna-pakai semasa penyiasatan dan risikan dijalankan. Selain itu, MTU-CPM juga turut melaksanakan demonstrasi dalam penggunaan peralatan forensik yang dimilik oleh CPM TUDM.

Turut mengiringi beliau semasa lawatan ini adalah PS 1 Perjawatan, Lt Kol Wan Sulaiman bin Wan Hamat TUDM; PS 1 Pendakwaan, Lt Kol Zaharudin bin Che Zahari TUDM dan PS 2 Perjawatan, Mej Afham bin Abdul Rahman TUDM.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer