LAWATAN KERJA PEGAWAI MEMERINTAH DMU KE MATRA 1 DAN TERMINAL PELURU 1

1 2
3 4

 

KUANTAN, 17 Feb 21 – Pegawai Memerintah Depoh Materiel Utama (DMU), Kol Gopalan a/l Manickam TUDM telah membuat lawatan kerja ke Matra 1 dan Terminal Peluru 1 bertempat di Pangkalan Udara Kuantan.

Ketibaan beliau bersama Tim Lawatan telah disambut oleh Ketua Matra 1, Lt Kol Md Razip Bin Fadzil TUDM serta Pegawai Memerintah Terminal Peluru 1, Mej Mohd Zaily Hatta bin Mohd Jelani TUDM. Lawatan ini adalah bertujuan bagi mengenalpasti kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh unit-unit yang berkaitan dengan pengurusan dan pengoperasian.

Dalam rangka lawatan ini, Pegawai Memerintah DMU telah diberi taklimat berkaitan permasalahan oleh unit-unit telibat. Seterusnya beliau turut dibawa melawat ke stor-stor peralatan dan pembaikan.