LAWATAN KERJA KSU MITI KE ATSC DI PANGKALAN UDARA GONG KEDAK

1 2 3
5

7

8

GONG KEDAK, 30 Okt 2020 - Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI), Dato' Lokman Hakim bin Ali telah melaksanakan lawatan kerja ke ATSC Sdn Bhd bertempat di Pangkalan Udara Gong Kedak.

Sebelum ketibaan KSU MITI, Panglima Bantuan Udara mengambil kesempatan melawat Skn 321 Bukit Puteri untuk mengetahui perkembangan cabaran yang dihadapi oleh Skn.

Ketibaan beliau bersama delagasi di Wisma Perwira Pangkalan telah disambut oleh Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Dato' Muhamad Norazlan bin Aris TUDM; AKS Kejuruteraan, Mej Jen Ir Mohamad Razip bin A. Samad; Komander Pangkalan, Kol Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM dan Eksekutif Pangkalan.

Lawatan KSU telah dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ATSC, Lt Kol (B) Dato' Mohd Fadzar bin Suhada TUDM di Bilik Mesyuarat ATSC Sdn. Bhd. dan seterusnya beliau di bawa ke Pusat Senggaraan Pesawat (PST) bagi melihat keadaan semasa pesawat dan cara pengoperasian Senggaraan Pesawat yang dijalankan oleh pihak ATSC Sdn Bhd.

Turut hadir bersama delegasi lawatan KSU adalah pegawai dari Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan NADI.

 

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer