SUBANG, 8 September 2021 - Ketua Staf MPOU, Mej Jen Mahadzer bin Amin TUDM telah membuat Lawatan Kerja beliau ke Air Warfare Centre (AWC), Jabatan Kesiagaan Operasi (JKO) dan Electronic Warfare Support Centre (EWSC). Lawatan ini diadakan buat julung kalinya selepas beliau mengambil alih tugas sebagai Ketua Staf MPOU pada 2 Sep 21 lalu sambil diiringi oleh Asisten Ketua Staf A1 MPOU, Lt Kol Khuzairi bin Mohd Arshad TUDM.
Lawatan Kerja beliau dimulakan dengan lawatan ke AWC yang disambut oleh Komander AWC, Kol Ahmad Edros bin Ahmad Osman TUDM. Seterusnya beliau dibawa melawat ke sekitar bangunan AWC serta diberikan serba sedikit taklimat status semasa pembangunan fasiliti di bangunan dan pencapaian AWC sejak beroperasi di bangunan baharu pada 3 Jan 2020 lalu.
Seterusnya, beliau telah disambut oleh Pengarah Kesiagaan Operasi, Kol Azman bin Taib TUDM bertempat di Bilik Mesyuarat Utama JKO. Satu Sesi Taklimat telah diadakan bagi menerangkan peranan, fungsi serta kesiapsiagaan JKO dalam operasi dan eksesais.
Akhir sekali, beliau melawat ke EWSC dan disambut oleh Pegawai Memerintah EWSC, Lt Kol S. Nadzeer bin Salehuddin TUDM. Beliau juga telah membuat lawatan ke Mobile Radar Threat Emitter Simulator (MRTES) dan Electronic Surveillance Payload (ESP). Dalam pada itu, beliau diberikan taklimat ringkas mengenai EWSC serta penerangan berkaitan fasiliti dan peralatan di EWSC oleh Pegawai Memerintah EWSC bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, EWSC.