KUALA LUMPUR, 24 Sep 21 – Ketua Pengarah KAGAT, Markas Angkatan Tentera Malaysia, Mej Jen Hj Muhamad Azmi bin Wahab telah mengadakan lawatan kerja beliau ke Sel Agama Markas Tentera Udara di bilik Mesyuarat Tebuan, MTU hari ini.
Dalam rangka lawatan kerja ini, Ketua Pengarah KAGAT telah diberikan taklimat dari Sel Agama MTU. Semasa lawatan ini juga, beliau turut membuat kunjungan hormat ke atas Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM.