PULAU INDAH, 20 Ogos 24 - Kol Mohd Sam bin Mohd Yusof TUDM, Pengarah Pasukan Simpanan Tentera Udara hari ini telah mengadakan Lawatan Kerja ke KD SRI KLANG iaitu salah sebuah unit naungan di bawah Markas Pasukan Simpanan TLDM. Lawatan kerja ini turut disertai pegawai-pegawai eksekutif Markas Pasukan Simpanan Tentera Udara (MPSTU).
Ketibaan Pengarah PSTU dan delegasi telah di sambut oleh Lt Mohd Fahd bin Ismail TLDM, Pegawai Staf KD SRI KLANG, barisan pegawai PSSTLDM dan staf di KD SRI KLANG. Objektif lawatan kerja ini adalah bertujuan memahami struktur pentadbiran, berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman serta melihat dengan lebih dekat kaedah latihan yang dikendalikan oleh pihak KD SRI KLANG.
Delegasi MPSTU telah diberikan taklimat berkenaan KD SRI KLANG di Bilik Mesyuarat Utama. Seterusnya delegasi turut dibawa melawat dan meninjau pejabat serta kemudahan-kemudahan yang terdapat di KD SRI KLANG.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pihak KD SRI KLANG di atas kesudian menerima dan meluangkan masa sepanjang lawatan dari pihak MPSTU. Lawatan kerja ini sesungguhnya memberi peluang untuk pihak MPSTU mengetahui βbest practicesβ yang boleh dikongsi untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan pasukan simpanan malah mengeratkan jalinan kerjasama di antara kedua-dua pasukan simpanan TUDM dan TLDM.
#Profesionalisme
#WargaUdara
#SentiasaDiAngkasaRaya
#SentiasaSedia
#PasukanSimpananTenteraUdara