LAWATAN KERJA JABATAN KERJA RAYA (JKR) TUDM SUBANG KE PANGKALAN UDARA GONG KEDAK

DSC 7428 DSC 7484 DSC 7521
DSC 7613 DSC 7650 DSC 7699

 

GONG KEDAK, 1 Nov 21 - Lawatan Kerja Jabatan Kerja Raya (JKR) TUDM Subang ke Pangkalan Udara Gong Kedak dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Bahagian TSUB (Pelaksanaan) MINDEF, En Mohd Radzuan bin Abdul Manaf; Jurutera Mekanikal Kanan ,En Shahlan bin Md Nor ;Jurutera Awam Kanan, Ir. Ts. Nur Najwani binti Kamalrulzaman ;Jurutera Mekanikal Kanan JKR TUDM Subang , Ir. Haji Mohamad Amir bin Hashim ; Pengurus Projek (Kontraktor Shahzanco) ,En Monshi bin Abdullah dan delegasi telah disambut oleh Komander Pangkalan, Kol Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM dan Pemangku Pegawai Eksekutif Pangkalan Udara Gong Kedak.

Atur Cara dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh Komander Pangkalan dan diteruskan dengan taklimat pangkalan oleh Pegawai Senggara Kompleks Pangkalan, Kapt Mohamad Hafiz bin Zainol Abidin TUDM , taklimat projek fasiliti Bulk Fuel Installation (BFI) oleh tim projek PSGK dan diakhiri dengan taklimat senggaraan oleh JKR Tentera Kelantan di Wisma Perwira Pangkalan Udara Gong Kedak.

Agenda Lawatan diteruskan dengan lawatan ke BFI dan Tactical Shelter (TS) untuk melihat fasiliti BFI Farm, “isolation valve” dan Ventilation Valve Pit, Above Ground Pipe Refinery di Tactical Shelters (TS) . Seterusnya Delegasi Lawatan dibawa ke Trim Pad bagi mempelajari kepenggunaan “Trim Pad tie down point” bagi ujian dan kekuatan pesawat tempur dan kemudiannya ke Sevice Technical Centre (STC) bagi “crane licensing” dan “special equipment maintenance”.

Lawatan kerja tersebut bertujuan untuk JKR TUDM Subang mendapatkan lesson learned daripada perlaksanaan projek dan senggaraan di PU Gong Kedak. Lawatan kerja diakhiri dengan penyampaian cenderahati diantara JKR TUDM Subang dan Pangkalan Udara Gong Kedak.