LAWATAN KERJA GERMAN AIR FORCE KE PANGKALAN UDARA SUBANG

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12

 

SUBANG, 5 Sep 23 - Tim deligasi dari German Air Force (GAF) iaitu 62 Transport Squadron mengoperasikan pesawat A400M, baru-baru ini telah melaksanakan program lawatan dan Subject Matter Expert Exchange (SMEE) ke No 8 Skuadron, Pangkalan Udara Subang bagi merealisasikan aktiviti dua hala di antara TUDM dan GAF. Lawatan ini telah dilaksanakan bermula 5 Sep 23 hingga 7 Sep 23 yang dikoordinasikan oleh Markas Tentera Udara – Bahagian Operasi dan Strategi bersama Pangkalan Udara Subang dan No 8 Skn.

13 14 15
16 17 18

 

Lawatan bermula dengan pergerakan deligasi seramai tiga (3) pegawai GAF yang diketuai oleh Lt Col Ruben Schenke, Commander Technical Group 62 Transport Squadron ke HQ PU Subang bagi Courtesy Call kepada Komander PU Subang sebelum bergerak ke No 8 Skn. Di No 8 Skn, deligasi disambut oleh Pegawai Memerintah No 8 Skn, Lt Kol Wan Azrul bin Wan Azmy TUDM bersama-sama eksekutif dan juga pegawai-pegawai skn. Seterusnya Pegawai Laksana No 8 Skn Mej Mohd Arhamar bin Jaffar TUDM mengkoordinasikan taklimat pangkalan dan skuadron serta sesi perbincangan yang berkaitan pengoperasian pesawat A400M bertempat di auditorium No 8 Skn. Dalam sesi ini, banyak perkara yang telah dibincangkan dan juga dikongsi bagi kebaikan pengoperasian bersama. Seterusnya deligasi dibawa melawat Flait Kejuruteraan No 8 Skn, Pusat Simulasi Part Task Trainer (PTT) A400M, Skuadron Hantaran Udara (SHU) dan Pusat Penyelidikan dan Latihan Simulator-G (PULL-G) di PU Subang.

19 20