LAWATAN KERJA AKS MATERIEL KE UNIT MATERIEL PANGKALAN UDARA SUBANG

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

SUBANG, 8 Dis 22 - Asisten Ketua Staf Materiel, Brig Jen Nor Azmi bin Abdul Rahman TUDM buat julung kalinya telah membuat lawatan kerja rasmi beliau ke Depoh Materiel Utama (DMU) dan Cawangan Materiel Pangkalan Udara Subang selepas mengambil alih jawatan sebagai AKS Materiel pada 29 September 2022.

Lawatan ini diadakan bertujuan bagi memantau keberkesanan pengoperasian unit-unit Materiel di PU Subang di samping mengambil tahu mengenai isu-isu semasa dan permasalahan yang berkaitan dasar, polisi serta keanggotaan yang dihadapi oleh unit-unit Materiel.

10 11 12
13 14 15
16 17 18

 

Sebelum meneruskan lawatan kerja, AKS Materiel terlebih dahulu mengadakan pertemuan dengan Komander Pangkalan, Brig Jen Omar bin Dawami TUDM dan Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Masro bin Kaliwon TUDM. Seterusnya, beliau di bawa ke lokasi lawatan iaitu DMU serta Cawangan Materiel. Beliau turut mengadakan sesi dialog bersama pegawai dan anggota LLP Cawangan Materiel untuk menyampaikan amanat, memberi pandangan serta panduan kepada semua pegawai dan anggota LLP Materiel.

#WargaUdara