![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KINRARA, 29 Januari 2026 – Asisten Ketua Staf (AKS) Materiel, Brig Jen Norizan binti Wahab TUDM telah mengadakan lawatan kerja ke Institut Latihan Pengurusan Materiel (INSMAT) TUDM, Kinrara.
Ketibaan beliau disambut oleh Pegawai Memerintah INSMAT, Lt Kol Mohd Rashidy bin Zulkifli TUDM bersama barisan pegawai INSMAT.
Sepanjang lawatan, AKS Materiel telah menerima taklimat ringkas berkenaan peranan dan fungsi INSMAT sebelum meneruskan tinjauan ke beberapa fasiliti latihan termasuk Galeri Bahan Letupan, Menara Kawalan Litar Memandu, Makmal Bahan Api, mock-up pesawat C130 serta trek 4x4.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Lawatan ini bertujuan untuk memantau pelaksanaan latihan dan kursus di INSMAT di samping menilai tahap keberkesanan pengoperasian serta mengenal pasti isu semasa dan cabaran yang dihadapi.
Dalam lawatan yang sama, AKS Materiel turut berkesempatan untuk menyampaikan sumbangan kebajikan kepada anggota INSMAT.















