LAWATAN KERJA AKS KEJURUTERAAN KE KOLEJ TENTERA UDARA

1 resize 1 3 resize 4 resize
5 resize 6 resize 7 resize
8 resize 9 resize 10 resize
11 resize 12 resize 13 resize
14 resize 15 resize IMG 20230505 172046

 

ALOR SETAR, 5 Mei 23- Asisten Ketua Staf Kejuruteraan, Mej Jen Hishammuddin bin Abdul Rahman TUDM telah membuat lawatan kerja beliau ke Kolej Tentera Udara (KTU) bagi melihat keberkesanan, pencapaian dan inisiatif pengurusan kejuruteraan di KTU berkaitan Pesawat PC-7 MkII. Selain itu, lawatan tersebut juga dapat memberi peluang kepada pegawai dan anggota kejuruteraan KTU untuk berinteraksi dengan AKS Kejuruteraan.

Ketibaan beliau di Markas KTU telah disambut oleh Pemangku Komandan KTU, Kol Ungku Suzaini bin Ungku Ahmad TUDM dan Pegawai-pegawai Eksekutif Kolej. Seterusnya AKS Kejuruteraan telah diberikan taklimat berkenaan status semasa pelaksanaan PC-7 MkII Technical Services Structure Reworks (TSSR) dan Taklimat Perjawatan Holistik Cawangan Kejuruteraan (CK) KTU.

Dalam rangka lawatan kerja beliau, AKS Kejuruteraan telah membuat lawatan ke Hangar Institut Latihan Instruktur TUDM (ILIT) bagi melihat status semasa pelaksanaan TSSR yang dilaksanakan. AKS Kejuruteraan juga berkesempatan untuk bertemu dengan semua pegawai dan anggota kejuruteraan KTU dalam sesi dialog yang dilaksanakan di Dewan Taming Sari (DTS). Seterusnya, AKS Kejuruteraan telah dibawa ke Hangar CK KTU bagi melihat lebih dekat berkaitan kerja- kerja pembaikan lantai hangar CK yang sedang dijalankan.