LAWATAN KEBAJIKAN ZAHIRKAN SOKONGAN SEMANGAT DAN KEPRIHATINAN TUDM

287448466 391422926362514 6571732192114156773 n 287600264 391422959695844 1885266885748651318 n

 

BANTING, 13 Jun 22 – AKS Tadbir, Brig Jen Hj Baharudin bin Hj Abu Hassan TUDM telah membuat lawatan kebajikan ke atas Mej Abdul Nasir bin Hj Abd Majid TUDM di kediaman beliau di Taman Budiman, Banting. Lawatan ini diiringi oleh Lt Kol Jafridin bin Bahari TUDM, Pegawai Memerintah SLTT.

Mej Abdul Nasir TUDM telah didiagnos awal menghidap kanser pada paru-paru. Rawatan susulan akan dibuat bergantung kepada keputusan biopsi yang telah dijalankan oleh pihak hospital.

Ketika menemui pegawai di rumahnya hari ini, AKS Tadbir bertanya khabar keadaan pegawai serta menyantuni memberikan kata-kata semangat, mendoakan beliau dipermudahkan menjalani rawatan dan kembali sembuh. Sebagai menzahirkan keprihatinan, AKS Tadbir telah menyampaikan sumbangan kebajikan daripada Sel Kebajikan TUDM melalui peruntukan daripada Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM (KSSKA) TUDM dan Tabung Kebajikan TUDM.

Turut serta, Mej Raymond bin Radsung TUDM, PS 2 PASKAU mewakili Panglima Rejimen; Mej Norisman bin Idris TUDM, Ketua Cawang Penyelamat Udara PASKAU mewakili Pegawai Memerintah PASKAU; Mej Mohd Nazrul bin Mat Zom TUDM, Ketua Cawangan Tadbir PU Jugra; Kapt Azila binti Hj Abdullah TUDM, PS 2 Kebajikan MTU-Cawangan Perkhidmatan; Pegawai Bertugas PU Jugra dan Pegawai Waran Markas Rejimen TUDM.

Seluruh warga TUDM turut mendoakan agar beliau diberi kekuatan, kesabaran dan ketabahan jiwa menghadapi ujian kesihatan yang dihidapi dan semoga dipermudahkan urusan rawatan perubatan serta dikurniakan kesembuhan oleh Allah SWT.