![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 22 Apr 25 - Pegawai Waran Istiadat TUDM, PW U I Mohd Khairi Affendi bin Mohd Rosli telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas Veteran TUDM F/Sjn (W) (Bersara) Nor Aini binti Abd Rahman yang sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur kerana mengidap penyakit kanser payu dara tahap empat dan telah merebak ke hati yang menyebabkan beliau mengalami masalah usus menyebabkan tidak boleh makan dan minum.
Turut serta dalam lawatan tersebut adalah Pegawai Waran Markas Pemerintahan Bantuan Udara, PW U I Muhammad Soffi bin Rashid; Ketua Kerani Pangkalan Udara Subang, PW U I Mohd Zakaria bin Talib dan Ketua Kerani Markas Pemerintahan Bantuan Udara, PW U II Khairul Aswan bin Ahmad.
Seluruh warga TUDM turut mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan, diangkat segala penyakit, kesabaran dan ketabahan jiwa menghadapi ujian kesihatan yang dihidapi serta dipermudahkan urusan oleh Allah SWT.