LAWATAN KEBAJIKAN AKS TADBIR TERHADAP MEJ HELMI BIN MARJUNI TUDM

WhatsApp Image 2022 07 08 at 44416 PM 1 WhatsApp Image 2022 07 08 at 44417 PM 2 WhatsApp Image 2022 07 08 at 44415 PM
WhatsApp Image 2022 07 08 at 44417 PM 1 WhatsApp Image 2022 07 08 at 44421 PM WhatsApp Image 2022 07 08 at 44418 PM

 

SHAH ALAM, 8 Jul 22 - Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Hj Baharudin bin Hj Abu Hassan TUDM telah membuat lawatan kebajikan ke atas Mej Helmi bin Marjuni TUDM di kediaman beliau di OMQ Pangkalan Udara Subang.

Mej Helmi bin Marjuni TUDM telah didapati menghidap penyakit buah pinggang kronik dan kini sedang membuat rawatan Dialisis Air sendiri di rumah sebanyak empat (4) kali sehari. Bekalan Air Dialisis tersebut telah dibekalkan oleh Hospital Kuala Lumpur.

AKS Tadbir telah menyampaikan buah tangan kepada beliau sempena lawatan tersebut. Lawatan turut disertai oleh PS 2 Kebajikan, Mej Azila binti Hj Abdullah TUDM dan PS 2 Integriti, Mej Zarizal bin Idris TUDM. Seluruh warga TUDM mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan dan kekuatan.