LAWATAN DARIPADA KEMENTERIAN LUAR NEGERI KE MPOU-A3

1 2
3 4

 

SUBANG, 4 Jul 24 - Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) telah menerima lawatan daripada Kementerian Luar Negeri diketuai oleh Ketua Penolong Setiausaha, En Mohd Fadzle bin Abu Hasan dan delegasi. Ketibaan delegasi telah disambut oleh Asisten Ketua Staf A3, Kol Norazman bin Ismail TUDM.

Lawatan bertujuan menjalinkan kerjasama antara pegawai bahagian konsular bersama pegawai dan anggota MPOU - Bahagian A3 (Sel Diplomatik). Selain itu, lawatan ini juga memberi ruang bagi penambahbaikan tatacara kelulusan diplomatik serta membincangkan perkara berbangkit berkaitan permohonan kelulusan diplomatik. Lawatan berlangsung dengan jayanya dan diakhiri dengan sesi bergambar bersama Ketua Staf MPOU, Mej Jen Norli Hisham bin Alwi TUDM.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer