KUCHING, 11 Sep 2020 - Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato' Hj Shamsudin Bin Kassim TUDM dan deligasi telah mengadakan lawatan dan pemeriksaan ke Pangkalan Udara Kuching dari 5 Seo hingga 11 Sep 2020.
Lawatan ini diadakan bertujuan untuk melaksanakan audit terhadap kecekapan dan kesiapsiagaan operasi setiap anggota (Personnel Competency and Operational Readiness) di bawah pemerintahan Mawilud 2. Audit ini dilaksanakan bagi Pangkalan dan Unit di bawah naungan Mawilud 2 sebelum Audit Daripada IJTU kelak.