LAWATAN ASISTEN KETUA STAF TADBIR KE UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG SEMPENA MAJLIS PEMBUKAAN INTERMEDIATE ENGLISH FOR OFFICER (IEFO)

DSC 4219 DSC 4223 DSC 4232
DSC 4244 DSC 4323 DSC 4346
DSC 4497 DSC 4513 DSC 4553

 

KUANTAN, 15 Ogos 22 – Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Hj Baharudin bin Hj Abu Hassan TUDM telah merasmikan Majlis Pembukaan Intermediate English For Officers (IEFO) yang diadakan di Dewan Tun Fatimah, Universiti Malaysia Pahang (UMP). Ketibaan AKS Tadbir dan Pemangku Komander PU Kuantan, Kol Zulkefli bin Hj Samsu Hadi TUDM di UMP telah disambut oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Prof Ts. Dr. Mohd Rusllim bin Mohamed dan Dekan Pusat Bahasa Moden, Prof. Madya Dr. Nik Aloesnita binti Nik Mohd Alwi.

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan Pegawai TUDM bagi memastikan tahap Skill, Knowledge dan Attitude (SKA) seiring dengan keperluan dan peredaran semasa TUDM. Program ini terdiri daripada dua (2) modul iaitu menulis dan membaca. Kedua-dua modul ini turut merangkumi empat (4) skil penguasaan Bahasa Inggeris iaitu mendengar, membaca, menulis dan percakapan. Selain itu, program ini turut memberi penekanan terhadap penguasaan tatabahasa.

DSC 4555 DSC 4568 DSC 4576
DSC 4602 DSC 4641 DSC 4644
DSC 4646 DSC 4659 NFL 1828

 

Turut serta dalam lawatan ini, PS 2 Pendidikan MTU, Mej Mohamed Huzaifah bin Mohamed Lasin; PS 2 Penyelidikan MTU, Mej Mohamad Nizam bin Abd Rahim TUDM serta Pegawai Pendidikan Pangkalan, Mej Hasyuzaini binti Che Hassan.

Terdahulu AKS Tadbir telah menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kuarter yang didirikan oleh anggota daripada PU Kuantan. Beliau seterusnya membuat kunjungan hormat ke atas Pemangku Komander Pangkalan sebelum beredar ke Majlis Pembukaan Intermediate English For Officer.