![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 14 Februari 2025 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menerima lawatan rasmi daripada 38th Air War College (AWC) Pakistan Air Force (PAF) ke Malaysia pada 9 hingga 14 Februari 2025.
Delegasi yang diketuai oleh Air Commodore Malik Ahsan Riaz ini disertai oleh 45 pegawai dari PAF. Sebagai sebahagian daripada program lawatan, delegasi telah membuat kunjungan hormat kepada Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato’ Ts Shamsuddin bin Hj Ludin, serta Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mejar Jeneral Dato’ Hj Shamsudin bin Kassim TUDM di Wisma Pertahanan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Seterusnya, delegasi dibawa melawat Pangkalan Udara Subang di mana mereka diberi taklimat dan berkesempatan untuk mengadakan kunjungan hormat kepada Komander Pangkalan. Delegasi juga melawat No 8 Skuadron dan Institut Perubatan Penerbangan TUDM. Selain itu, mereka turut dibawa ke Pangkalan Udara Sendayan, Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara, serta Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS).
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Selain aktiviti rasmi, delegasi AWC turut dibawa melawat beberapa destinasi menarik di Malaysia, termasuk Melaka, Muzium Tentera Darat, dan Genting Highlands.
Kehadiran delegasi AWC ini memberi peluang untuk memperkukuhkan hubungan pertahanan dua hala antara TUDM dan PAF, khususnya perkongsian kepakaran dan kerjasama latihan. Lawatan ini juga menjadi asas kepada pengukuhan kerjasama pertahanan pada masa depan antara kedua-dua negara.