LATIHAN PRE ACCIDENT PLAN (PAP) OFF-BASE PU LABUAN

DSC 0487 DSC 0491 DSC 0502
DSC 0531 DSC 0557 DSC 0619

 

LABUAN, 23 Dis 20 – Latihan Pre-Accident Plan (PAP) Off-Base PU Labuan di bawah kelolaan Pegawai Keselamatan Pangkalan, Mej Nurrul Nisha TUDM serta Base Safety Committee PU Labuan telah berjaya dilaksanakan bagi penutup Pogram Keselamatan tahun 2020.

Senario Latihan PAP pada kali ini adalah, pesawat EC 725 yang ditugaskan membawa tiga pesakit COVID-19 dari Stn Lima ke Hospital Labuan telah mengalami kebakaran Main Gear Box dan mendarat cemas di Halal Hub. Semua anak kapal dan penumpang mengalami kesesakan nafas dan pengsan sebaik mendarat dan telah menyebabkan ekor pesawat patah semasa melakukan pendaratan.

Latihan ini melibatkan dua buah Helikopter EC725 dari No 5 Skuadron, Skuadron HANDAU, BOMBA, RSAT dan juga Cawang Kejuruteraan PU Labuan. Pada masa yang sama, latihan kali ini turut melibatkan agensi luar seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kecemasan dari Hospital Nukleus Labuan serta Perbadanan Labuan.

Tujuan utama latihan ini dilaksanakan adalah untuk memastikan kecekapan serta kerjasama di antara agensi penyelamat TUDM dan agensi penyelamat kerajaan tempatan di WP Labuan dalam menyelamatkan mangsa serta pesawat apabila berlakunya pendaratan cemas ataupun terhempas di luar Pangkalan.

Sepanjang latihan ini berlangsung, setiap unit akan dinilai oleh penilai yang telah dilantik bagi memastikan mereka mengikut setiap SOP Pre-Accident Plan (PAP) yang telah ditetapkan. Disamping itu, Komander PU Labuan, Brig Jen Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM serta kesemua Pegawai Eksekutif Pangkalan juga turut hadir bagi melihat sendiri kecekapan agensi penyelamat Pangkalan berkolaborasi bersama agensi luar ketika melaksanakan tugas menyelamat.

Walaupun dalam mengharungi norma baharu, ianya tidak menyekat atau menghalang semua pasukan serta agensi yang terlibat dalam melaksanakan tugas masing-masing. Ianya dapat dilihat sepanjang berjalannya latihan, SOP Norma Baharu tetap dipatuhi oleh semua pihak.

Semasa ucapan penutup dari Komander Pangkalan, beliau menjelaskan bahawa latihan sebegini sewajarnya dilaksanakan bagi memberi pendedahan dan menyiapkan kesiapsiagaan semua unit dan agensi apabila berlakunya kejadian sebenar. Latihan ini juga dapat dilihat sebagai satu platfom untuk berkongsi maklumat dan pendapat bagi memantapkan keberkesanan sewaktu tugas menyelamat dilaksanakan oleh kesemua pihak yang terlibat.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer