SUBANG, 27 Sep 21 – Penuntut Kursus Pertahanan Darat TUDM Siri 2/21 telah dilaksanakan di PU Jugra bagi melaksanakan latihan praktikal iaitu Modul ‘Force Down & Fly Away Security’ bertempat di ‘Dispersal Area’ PU Subang.
Latihan praktikal ini telah dilaksanakan bagi memberi pendedahan dan tatacara yang lebih taktikal dalam pengendalian ‘Force Down & Fly Away Security’ kepada penuntut-penuntut kursus yang akan menjadi ‘Train of Trainer’ di setiap Skuadron HANDAU TUDM kelak.
Taklimat latihan telah disampaikan oleh Kapt Mohd Hafidz Shamsir bin Md Nasir TUDM sebagai ‘On Scene Commander’ kepada Eksekutif Pangkalan, pegawai-pegawai serta anggota yang terlibat dalam latihan ini.
Seramai 42 penuntut terdiri daripada ( lapan pegawai dan 34 anggota LLP dengan kerjasama dari pihak PU Subang dan juga krew dari No 20 Skn yang terlibat mengendalikan pesawat C130H bagi latihan ini.
Di akhir penutup krusus ini, Ketua Penuntut KPDT Siri 2/21, Mej Rizan bin Mahat TUDM telah menyampaikan plaka dari Markas Rejimen TUDM kepada Komander Pangkalan PU Subang, Brig Jen Omar bin Hj Dawami TUDM sebagai tanda penghargaan dan kenangan kepada pihak pangkalan atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan latihan ini.
Diharapkan latihan seperti ini dapat dilaksanakan dengan lebih kerap lagi bagi memastikan Skuadron HANDAU TUDM terutamanya agar sentiasa kompeten dan sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang situasi sebenar yang memerlukan pelaksanaan ‘Force Down & Fly Away Security’ ini dilaksanakan kelak.