LATIHAN PANDU ARAH BAGI PENUNTUT KURSUS PEMBANTU PERTAHANAN KELAS II SIRI 69/22

1 KOMPAS 2 KOMPAS 4 KOMPAS
5 KOMPAS 6 KOMPAS 7 KOMPAS



RANTAU, 10 OGOS 22 – Sekolah Pembantu Pertahanan (SPP), Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) telah melaksanakan Latihan Pandu Arah bagi penuntut Kursus Pembantu Pertahanan Kelas II Siri 69/22 yang bermula pada 9 hingga 10 Ogos 22 di Siliau, Rantau, Negeri Sembilan.

Latihan ini dihadiri oleh 66 orang anggota LLP dari ketukangan Pembantu Pertahanan. Ketua Sekolah Pembantu Pertahanan iaitu Mej Zulhelmealif bin Salleh TUDM merupakan Pegawai Latihan bagi latihan ini dan dibantu oleh Penyelia Kursus, Sjn U Mohd Ridzuan bin Yusoff. Selain menggalakkan semangat bekerjasama antara ahli kumpulan, latihan ini juga bertujuan menilai kemahiran menggunakan kompas dan peta dalam kalangan penuntut selain meningkatkan kreativiti penuntut dalam mencari arah dan kedudukan yang telah ditetapkan. Dalam latihan ini juga penuntut diberi pendedahan mengenai langkah-langkah keselamatan melibatkan penggunaan piroteknik yang betul.

Turut hadir dalam latihan ini adalah Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Johan Wahidi bin Mohd Arip TUDM, PW U I Mohd Khlib @ Khalib bin Wahab, Pegawai Waran Institut dan PW U II Mohd Uzair bin Bistaman, Pegawai Waran Latihan.