IPOH, 14 Jan 22 – Sekolah Latihan Perajurit Muda (SLPM) telah melaksanakan Latihan Menembak dan Latihan Menembak Malam serta Ujian Kemahiran Menembak (UKM) bermula 9 hingga 14 Jan 22 bertempat di Lapang Sasar Sungai Ranting Markas Staf Stesen, Taiping. Turut hadir bagi menyempurkan ujian kemahiran menembak ini adalah Komandan Akademi Tentera Udara (ATU), Kol Baharudin bin Abu Hassan TUDM.
Latihan Menembak Dan Latihan Menembak Malam serta Ujian Kemahiran Menembak Tahunan ini telah melibatkan 372 PjM U yang bertujuan menguji tahap kemahiran setiap anggota agar sentiasa siaga dalam mengendalikan senjata jenis rifle Colt M4 Carbine. Di akhir latihan menembak ini, turut diadakan pertandingan menembak piring yang telah dijuarai oleh Flait Bravo manakala Penembak Terbaik pada siri 64/21 telah disandang oleh 740402 PjM U Mohamad Faizal bin Ibrahim – dari Flait Alpha 2.
Pelaksanaan ujian ini sentiasa menitikberatkan keselamatan termasuk mengamalkan pematuhan SOP yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.