LATIHAN KEMAHIRAN MENEMBAK (LKM) MPSTU TAHUN 2024

WhatsApp Image 2024 12 07 at 210237 WhatsApp Image 2024 12 07 at 210238 WhatsApp Image 2024 12 07 at 210239
WhatsApp Image 2024 12 07 at 210238 1 WhatsApp Image 2024 12 07 at 210239 1 WhatsApp Image 2024 12 07 at 210242
WhatsApp Image 2024 12 07 at 210240 1 WhatsApp Image 2024 12 07 at 210240 WhatsApp Image 2024 12 07 at 210237 1

 

PORT DICKSON, 4 Dis 24 - Markas Pasukan Simpanan Tentera Udara (MPSTU) telah melaksanakan Latihan Kemahiran Menembak (LKM) selama dua (2) hari mulai 3 hingga 4 Dis 24 bertempat di Lapang Sasar Menyala, Port Dickson yang menjadi penutup tirai aktiviti yang dirancang pada tahun 2024. LKM kali ini melibatkan kemahiran pengendalian senjata Colt M4 Carbine melibatkan Pegawai dan anggota LLP MPSTU serta Ajutan dan jurulatih dari Unit PALAPES Udara yang berhampiran iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). LKM kali ini turut mendedahkan warga MPSTU dengan latihan menembak pada waktu malam.

Objektif penganjuran LKM adalah bertujuan untuk memberi pendedahan serta meningkatkan kemahiran menembak (weapon skills) dan kecekapan pengendalian senjata (weapon handling) bagi anggota MPSTU. Seterusnya, bagi memenuhi keperluan Latihan Menembak Tahunan MPSTU di samping membolehkan anggota memiliki sijil kelayakan penggunaan senjata. Di dalam masa yang sama turut meningkatkan kecekapan Dan kompetensi Jurulatih yang telah memiliki Kursus Senjata.

Sebelum latihan menembak dimulakan, kesemua yang terlibat diberikan Taklimat Keselamatan dan penerangan berkaitan persenjataan yang digunapakai semasa latihan tersebut yang disampaikan oleh PW U I Abd Rahim bin Abdul Rahman. Kapt Bazli Adam bin Umar Baki TUDM bertindak sebagai Pegawai Lapang Sasar sepanjang LKM dilaksanakan.

Latihan menembak dimulakan dengan pelarasan menembak senjata Colt M4 Carbine para jarak 200 meter, seterusnya Latihan Praktis dalam 4 kedudukan iaitu meniarap, duduk, melutut dan berdiri. Turut diadakan adalah Pertandingan Jatuh Piring pada jarak 200 meter bagi menguji kecekapan menembak sasaran.

LKM yang dilaksanakan di peringkat Markas secara umumnya turut mendedahkan warga MPSTU kepada carakerja pelaksanaan program latihan ketenteraan bermula dari persiapan awal sehingga selesai.Di dalam masa yang sama memastikan setiap aktiviti yang dirancang mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan termasuk aspek keselamatan (safety and security). Pendedahan seumpama ini memberi nilai tambah kepada kualiti warga MPSTU terutamanya melibatkan jurulatih ke arah kesiagaan bertepatan dengan moto MPSTU "Sentiasa Sedia".