KUANTAN, 8 Dis 21 – Pangkalan Udara Kuantan telah mengendalikan latihan kebakaran di Terminal Peluru 1 (TP 1) bagi tujuan menilai kesiapsiagaan semua unit yang terlibat jika berlaku insiden kebakaran sebenar. Selain itu, ianya bertujuan menguji kemampuan unit-unit yang terlibat dalam melaksanakan tugasan kecemasan dengan cepat dan selamat.
Senario bagi latihan kebakaran kali ini adalah kebakaran berlaku disebuah stor dikawasan berbahaya yang menyebabkan kecederaan kepada 2 anggota dikawasan berkenaan.
Antara unit yang terlibat adalah Cawangan Bomba, Cawangan Operasi, Skn 213 Handau, 815 RSAT dan kerjasama agensi luar iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Kuantan.
Turut hadir bagi melihat pelaksanaan latihan ini ialah Pegawai Keselamatan Pangkalan, Mej Mohd Fazley bin Arshad TUDM, Pegawai Memerintah Terminal Peluru 1, Mej Mohd Zaily Hatta bin Mohd Jelani TUDM dan Ketua Cawangan Bomba, Mej Azmi bin Abdul Khahar TUDM.