Berikutan Eksesais PARADISE 7/20 dilaksanakan ketika dalam tempoh negara dilanda krisis kesihatan global, TUDM turut melaksanakan latihan "Extraction COVID-19".
Dalam sesi latihan ini, Helikopter EC 725 AP telah diaturgerak melaksanakan evakuasi anggota TUDM yang telah disahkan positif COVID-19 dan mengalami kecederaan semasa menjalani latihan di kawasan "Red Zone". Proses pengambilan pesakit melibatkan seorang pegawai perubatan tentera dan dua (2) anggota "combat medic" SAR dengan menggunakan PPE lengkap sesuai dengan SOP yang telah digariskan. Seterusnya, pesakit yang disahkan positif tersebut dihantar ke hospital yang berdekatan untuk rawatan lanjut.
Latihan ini sebagai satu langkah persediaan dan SOP baharu sekiranya berlaku kes-kes yang di luar jangka akibat ditimpa penyakit berjangkit berbahaya seperti COVID-19. Latihan ini selain menguji kecekapan petugas perubatan dan pasukan SAR, turut menjadi pengalaman baharu dan penambahbaikan bagi pengoperasian dan meningkatkan kesiagaan.