KURSUS SIASATAN KEMALANGAN PESAWAT SIRI 11/2021

1SUBANG, 26 Feb 2021 - Inspektorat TUDM selaku Sekretariat Kursus Keselamatan TUDM telah berjaya menganjurkan Kursus Siasatan Kemalangan Pesawat Siri 11/2021 Peringkat TUDM bagi tahun 2021 secara ‘Online’ menggunakan aplikasi Google Meet bermula 15 hingga 26 Feb 21. Kursus anjuran MTU-Inspektorat bertujuan melatih dan memberi pendedahan bagi melayakkan peserta yang terlibat menjadi ahli BOI kemalangan pesawat. Seramai 41 pegawai yang kesemuanya dari ketukangan Juruterbang dan Kejuruteraan terlibat, terdiri dari 34 pegawai TUDM, 4 pegawai dari TDM, 2 dari TLDM dan 1 dari Unit Udara BOMBA.

Kursus secara maya ini koordinasi oleh Pegawai Penyelaras Kursus, Mej Mohd Rizal TUDM dan dibantu Kapt Mu’in TUDM serta PW U I Zuraidi sebagai Administrator yang berpusat di Online Training Broadcasting Station (ON-TBS) MTU-Inspektorat. Para peserta yang terlibat dihubungkan secara ‘Online’ dari unit masing-masing di seluruh Malaysia menggunakan aplikasi Google (Drive, Meet dan Form) secara keseluruhan dan nota diberikan secara elektronik menggunakan aplikasi Drive Team. Pelbagai topik penting turut disampaikan oleh pensyarah jemputan dari Kementerian Pengangkutan Malaysia, Institut Perubatan Penerbangan (IPP), Forensik PDRM dan STRIDE Kajang.

2Penutup kursus telah disempurnakan oleh IJTU, Brig Jen Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM. Beliau merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada kesemua peserta dan pensyarah jemputan yang telah memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan kursus ini.