KURSUS PENYIASATAN KEMALANGAN PESAWAT SIRI 15/25

1 2 3

 

SUBANG, 1 Ogos 2025 – MTU Inspektorat TUDM selaku Sekretariat Kursus Keselamatan TUDM dengan jayanya menganjurkan Kursus Penyiasatan Kemalangan Pesawat atau Aircraft Accident Investigation (AAI) Siri 15/25. Kursus yang bermula dari 21 Jul hingga 1 Ogos 25 bertujuan melatih dan memberi pendedahan bagi melayakkan peserta yang terlibat menjadi ahli BOI kemalangan pesawat.

Seramai 20 pegawai terdiri dari ketukangan Juruterbang, Kejuruteraan, KLLU dan Pegawai Perubatan dari TDM, TLDM dan TUDM telah diberikan pendedahan merangkumi pelbagai topik oleh Badan Siasatan Kemalangan Udara, STRIDE, Forensik TUDM, Institut Perubatan Penerbangan (IPP) dan dari kalangan Subject Matter Expert (SME) TUDM.

Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh YBhg Inspektor Jeneral Tentera Udara, Brig Jen Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM pada 1 Ogos 25.

MTU Inspektorat TUDM merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada kesemua peserta dan pensyarah jemputan yang telah memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan kursus ini.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN