KURSUS PENYELIA KESELAMATAN SIRI 15/2022

DSC 0001 DSC 0028 IMG 9346
IMG 9366 IMG 9362 IMG 9369

 

SUBANG, 19 Ogos 2022 – MTU-Inspektorat TUDM selaku Sekretariat Kursus Keselamatan TUDM telah menganjurkan Kursus Penyelia Keselamatan Siri 15/2022 bertempat di No 8 Skuadron, Pangkalan Udara Subang.

Kursus yang bermula dari 15 hingga 19 Ogos 2022 ini dihadiri seramai 34 orang PTTK dari pelbagai unit serta cawang TUDM termasuk seorang PTTK dari Tentera Laut Diraja Malaysia dan seorang PTTK dari Pasukan Udara Tentera Darat.

b53ae810 4a14 4daa bfe7 ed3a369dc444 a8c687da 1a44 444b 85da 2da74e75c117 52267404 4da9 4af1 afa3 07969b9b3c54

DSC 0171

Di sepanjang kursus dilaksanakan, para peserta telah didedahkan dengan Safety Management System (SMS), RMAF Safety Roles and Organization, Safety Risk Management (SRM), tugas-tugas penyelia keselamatan di unit dan lain-lain. Di akhir kursus, para peserta telah diuji dengan Summative Knowledge Assessment (SKA) bagi memastikan setiap pembelajaran difahami dengan baik dan jelas.

Majlis pembukaan telah disempurnakan oleh Pengarah Inspektorat, Kol Tan Chee Kee TUDM pada 15 Ogos 2022 manakala Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh IJTU, Brig Jen Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM pada 19 Ogos 2022.

MTU Inspektorat TUDM merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada kesemua peserta dan pihak-pihak terlibat yang telah memberikan sepenuh komitmen di dalam menjayakan kursus ini.