KUALA LUMPUR, 9 Jul 21 – Inspektor Jeneral Tentera Udara, Brig Jen Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM telah menyempurnakan penutup Kursus Penyelia Keselamatan Siri 12/21 yang mana telah diadakan secara dalam talian bermula dari 5 Jul hingga 9 Jul 21.
Kursus anjuran MTU-Inspektorat telah dihadiri oleh 56 orang Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) daripada 3 cabang perkhidmatan ATM iaitu 54 orang daripada TUDM, 2 orang dari Tentera Darat Malaysia (TDM) dan 2 orang dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Sepanjang kursus ini berlangsung, peserta telah didedahkan dengan konsep asas keselamatan, RMAF Safety Roles and Organization, Safety Management System (SMS), Safety Risk Management (SRM), Special Occurrence Report (SOR) dan lain-lain lagi.
Di akhir kursus, peserta telah diuji dengan Summative Knowledge Assessment (SKA) bagi memastikan setiap pembelajaran difahami dengan baik.