SUBANG, 11 Nov 22 – MTU Indpektorat telah mengendalikan Kursus Pegawai Keselamatan Siri 83/22 bermula dari 31 Okt hingga 11 Nov 22 yang diadakan di Mes Wira Angkasa Pangkalan Udara Subang.
Kursus yang dihadiri seramai 30 orang pegawai dari TUDM, TLDM, PDRM dan Royal Thai Air Force (RTAF) ini telah didedahkan dengan Konsep Asas Keselamatan merangkumi RMAF Safety Roles and Organization, Safety Management System (SMS), Safety Risk Management (SRM), Flight Safety, Safety Survey dan Safety Visit ke Makmal Penyelidikan Tenaga Nasional Berhad (TNB Research).
Di akhir kursus, peserta telah diuji dengan Summative Knowledge Assessment (SKA) bagi memastikan setiap pembelajaran difahami dengan baik dan jelas. Majlis Penutupan Kursus dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Inspektor Jeneral Tentera Udara, Brig Jen Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM pada 11 Nov 22. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pegawai yang telah berjaya menamatkan kursus.