KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH PASUKAN SIMPANAN TENTERA UDARA KE ATAS PANGLIMA PENDIDIKAN DAN LATIHAN TENTERA UDARA DAN KETUA STAF MARKAS PEMERINTAHAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN UDARA

WhatsApp Image 2024 11 27 at 100734 WhatsApp Image 2024 11 27 at 100735 WhatsApp Image 2024 11 27 at 100735 1
WhatsApp Image 2024 11 27 at 100735 2 WhatsApp Image 2024 11 27 at 100736 WhatsApp Image 2024 11 27 at 100736 1

 

SENDAYAN, 26 Nov 24 - Pengarah Pasukan Simpanan Tentera Udara, Kol Mohd Sam bin Mohd Yusof TUDM telah membuat kunjungan hormat ke atas Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM di pejabat beliau hari ini.

Di dalam kunjungan hormat ini Pengarah PSTU menzahirkan ucapan tahniah kepada Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM di atas pelantikan sebagai Panglima Pendidikan dan Latihan Udara yang baharu pada 21 Sep 24. Beliau turut memaklumkan perkembangan semasa Pasukan Simpanan Tentera Udara. Panglima Pendidikan dan Latihan Udara juga turut memberikan nasihat serta berkongsi pendapat berkaitan Isu-isu semasa TUDM terutamanya berkaitan latihan dan operasi ke arah kesiagaan TUDM di peringkat strategik, operasi dan taktikal.

Seterusnya, Pengarah PSTU juga turut membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Staf Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara, Brig Jen Norazman bin Ismail TUDM di pejabat beliau, hari ini.

Kunjungan hormat ini dilaksanakan sebagai antara etika ketenteraan (military ethics) dalam membudayakan nilai hormat menghormati kepada Panglima Markas Pemerintahan atau Pegawai Kanan TUDM khususnya yang baharu memegang tugas dan jawatan ataupun bagi menzahirkan penghargaan di samping mengekalkan hubungan kerjasama yang telah sedia terjalin.

#SentiasaDiAngkasaRaya
#SentiasaSedia
#TUDM
#MPSTU

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer