SEREMBAN, 24 Dis 21- Komander Pangkalan Udara Sendayan, Kol Haji Ahmad bin Yusof TUDM bersama Deligasi Pangkalan telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Nanda bin Maarof di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.
Tujuan kunjungan hormat adalah bagi memperkenalan Pangkalan Udara Sendayan kepada IPD Seremban disamping dapat mempertingkatkan kerjasama dua hala dari segi keselamatan dan perkongsian keselamatan Op Penawar dan Op Murni.
Program kunjungan hormat ini telah berlangsung dengan permatuhan Standard Operation Procedure (SOP). Atur cara program diakhiri dengan pertukaran cendaramata di antara kedua - dua pihak dan sesi bergambar.