SENDAYAN, 7 Mei 21 – Komander Pangkalan, Kol Haji Ahmad bin Yusof TUDM telah melakukan kunjungan hormat kepada YBhg Tuan Ir. Roslan bin Mohd Salleh di Pejabat Pengarah JKR Negeri Sembilan di Wisma Negeri. Turut hadir bersama mengiringi Komander Pangkalan adalah Pegawai Laksana Pangkalan, Ketua Cawangan Tadbir dan Pegawai Senggara Kompleks.
Kunjungan hormat yang diadakan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerja Pangkalan dengan Agensi setempat dalam memperkasa hala tuju dan kerjasama pengoperasian pada masa akan datang.