KUNJUNGAN HORMAT KOMANDER PANGKALAN UDARA GONG KEDAK KE ATAS SETIAUSAHA KERAJAAN (SUK) DAN KETUA POLIS NEGERI TERENGGANU SERTA NAIB CANCELOR UNISZA

GONG KEDAK, 19 Jul 2020 - Komander Pangkalan, Pangkalan Udara Gong Kedak, Kol Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM telah membuat kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu, Dato’ Mohd Zahari Md. Azahar bertempat di pejabat SUK di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan Komander Pangkalan yang baru selepas mengambil alih jawatan pada 6 Mei 20 lalu. Beliau turut menyampaikan ucapan penghargaan terima kasih kepada pihak SUK di atas kesudian membantu pihak pangkalan dalam semua aspek bantuan pengoperasian pangkalan secara langsung mahupun tidak langsung terutama peminjaman kenderaan VIP semasa lawatan.

Komander Pangkalan turut melaksanakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Negeri Terengganu, Datuk Roslee Chik di pejabat Ketua Polis Terengganu, Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Negeri Terengganu. Semasa kunjungan hormat ini, Komander Pangkalan dan Ketua Polis Terengganu bersepakat untuk meneruskan kerjasama yang erat di antara kedua-dua jabatan terutama yang melibatkan soal keselamatan dan operasi bersama seperti Op PENAWAR.

Sesi kunjungan hormat diteruskan dengan kunjungan Komander Pangkalan ke atas Naib Cancelor (NC) Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Profesor Dato’ Dr Hassan Basri bin Awang Mat Dahan. Dalam kesempatan ini, beliau turut menyampaikan ucapan tahniah kepada NC UNISZA atas penganugerahan pangkat Kol (Kehormat) TUDM yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara pada 1 Jun 2020 lalu. Turut dibincangkan adalah berkenaan latihan PALAPES Udara UNISZA dan kepakaran UNISZA di dalam membantu TUDM secara amnya serta PUGK khususnya.