KIT INSPECTION SEMPENA RECOVERY DAY

1 2

 

SUBANG, 2 Apr 21 – Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) telah mengadakan Kit Inspection bagi penggal pertama pada tahun ini sempena Recovery Day peringkat TUDM 2021.

Pemeriksaan ini diadakan bertujuan untuk memastikan tahap kesiapsiagaan serta memastikan setiap anggota mempunyai peralatan dan kelengkapan yang cukup berdasarkan peraturan yang ditetapkan.

Turut hadir dalam pemeriksaan ini adalah Pegawai Memerintah MPBU, Brig Jen Mohamad Shuairi bin Abdullah TUDM dibantu oleh Bahagian Tadbir Markas dan wakil pihak Material Pangkalan Udara Subang.