KUALA LUMPUR, 19 Feb 23- Ketua Staf MPOU, Mej Jen Norli Hisham bin Alwi TUDM telah melakukan lawatan kebajikan terhadap Lt Kol Abdul Hadi bin Abdullah TUDM di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM yang telah selamat menjalani rawatan TRO SEPSIS OVER CHEMO SITE (INFECTION AFTER CHEMO) untuk Kanser Hidung dan Telinga yang dihidapi oleh beliau.
Lawatan kebajikan ini bertujuan bagi menziarah dan memberi sokongan moral kepada pegawai tersebut selain memastikan aspek kebajikan terus terpelihara. Seluruh warga TUDM mendoakan semoga Lt Kol Abdul Hadi bin Abdullah TUDM dikurniakan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan rawatan.
Turut serta dalam lawatan ini adalah Asisten Ketua Staf A1, Lt Kol Badrul Hisyam Bin Mohd Noor TUDM dan PS 2 Tadbir MPOU, Mej Sukri bin Mamat TUDM.