Kerjasama di antara MTU-INSPEKTORAT dan MTU-KOMLEK telah berjaya melaksanakan kelas secara online berkaitan Pengenalan dan Tatacara Penggunaan Modul SOR - SPKB R5.
Objektif utama kelas ini dilaksanakan adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan berkaitan teknik penggunaan Modul SPKB R5 kepada semua pengguna. Kelas ini adalah melibatkan semua peringkat Markas dan pangkalan yang terlibat secara langsung dengan proses kerja SOR.
Modul ini adalah bertujuan untuk mempercepatkan proses kerja SOR serta memudahkan proses pemantauan. Selain itu, perlaksanaan modul ini juga dapat memastikan agar tindakan pencegahan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan bagi keselamatan penerbangan.